Saturday, October 2, 2010

Pencahayaan yang tepat

Imej dalam fotografi digital dihasilkan oleh sensor, dan ini bergantung pada pencahayaan yg tepat. pencahayaan kita kira pada 3

1. underexposed = kurang cahaya
2. cahaya cukup
3. over exposed = lebih cahaya

konsep ni mula2 mungkin susah nak faham sebab saban hari kita hidup dgn mata manusia yg mempunyai auto-exposure paling canggih. kalau nak experience underexpose, cuba masuk bilik gelap tiba2. nak over expose lak, pejam mata 5 minit dan tengok tempat cerah. dalam dua2 kes ni, anda akan merasakan exposure x tepat untuk beberapa saat sebelum iris mata tu calibrate semula.

3 benda yg kita boleh kawal untuk dapatkan cahaya cukup ialah ISO, aperture dan shutter speed.

aperture ialah nisbah luas bukaan lens berbanding jarak fokus. kalau aperture luas, banyak la cahaya masuk.

shutter speed ialah tempoh shutter tu didedah. kalau dedah lama, banyak la cahaya masuk.

ISO ialah sensitiviti sensor. kalau tingkatkan sensitiviti, banyak la cahaya yg dirakam.

selain mengawal jumlah cahaya yg masuk ke sensor, ketiga2 ni juga mengawal beberapa aspek lain. tu pasal kita kawal 3 benda agar bukan sahaja gambar tu cukup cahaya tapi memberikan effect yg dikehendaki. contohnya kalau shutter slow, gambar boleh jadi blur. kalau ISO tinggi, akan menampakkan noise (bintik2). mendapatkan nilai terbaik dalam keadaan pencahayaan yg x menentu adalah cabaran untuk jurufoto.
bahasa mudah difahami?
Kamera adalah seperti sebuah bilik bertingkap yang terbuka dan tertutup (shutter).
Aperture adalah saiz bukaan tingkap. Lebih luas tingkap dibuka maka lebih banyak cahaya akan masuk.

Shutter Speed pula adalah masa bukaan tingkap. Lebih lama tingkap dibuka, maka lebih banyak cahaya akan masuk.

Sekarang, bayangkan anda duduk didalam bilik tersebut dengan memakai kaca mata hitam. Keupayaan mata untuk menangkap cahaya akan berkurang. (bilik nampak gelap walaupun tingkap terbuka). Keadaan ini boleh digambarkan seperti ISO rendah.
Ada beberapa cara untuk menambah cahaya masuk ke dalam bilik. (supaya kita dapat melihat dengan jelas).

1. Anda boleh membuka tingkap dengan lebih lama (kurangkan shutter speed),
2. Anda boleh besarkan bukaan tingkap (besarkan apeture) atau
3. Anda boleh tanggalkan kaca mata hitam (tingkatkan ISO).

No comments:

Post a Comment